Mengucapkan selamat tinggal kepada *multi-effects yang paling senior dalam axology semasa aku iaitu Digitech RP360. Berpindah milik kepada seorang rakan gitaris yang juga pembeli ex-Mr. Smith, ex-Sarge, ex-Neon aku sebelum ini.
Berada dalam axology aku sejak 2016, merupakan multi-effects "go-to" aku untuk sessi impromptu seperti jamming, persembahan awam, gig dan BOTB antaranya BOTB Sebauh 2016, Busking Listrik, Isolated Gig Vol. 2, DGR2019 dan Various Evo Band Challenge.
Isolated Gig Vol. 2, RP360 digunakan di situ.
Sekarang dengan dana-dana jualannya ditambah dengan dana jualan komik entri semalam mula berbelah bahagi, sama ada ingin dilaburkan untuk sebuah multi-effects baharu (seperti GAS awal tahun) atau pedal stompbox untuk bass. Kalau lambat bertindak biasanya dana akan dirampas benda lain, kah kah kah...
0 comments
Post a Comment