Zoom G1X Four ini diperolehi secara pertukaran + tunai dengan Nu-X MG-30 dalam entri dua minggu lepas. Seperti MG-30 aku, pedal ini juga masih nampak baharu walaupun sudah hampir dua tahun digunakan oleh Methodman.
Merupakan G1 generasi keempat selepas G1/G1X (1st gen), G1N/G1XN (2nd gen) dan G1on/G1Xon (3rd gen), agaknya sebab itu nama modelnya ada "Four" di belakang.
Antara mukanya yang lebih canggih berbanding generasi sebelumnya dengan *lima blok efek yang boleh diakses terus tanpa perlu menggodek menu dengan empat tombol untuk melaras nilai. Juga masih lagi memiliki drum machine (64 jenis beat) dan looper (30 saat).
Boleh dikuasai dengan adapter 9V (tidak disertakan), bateri AAx4 atau melalui USB. Sayangnya USB ini tidak dapat digunakan untuk rakaman DAW, hanya untuk update firmware dan menggunakan perisian Guitar Lab untuk menyimpan (backup), mengawal dan melaras patches dari PC.
Aku tak pasti adakah model ini dapat di"hack" menggunakan Zoom Effects Manager v1.1.1 untuk mendapatkan efek-efek tambahan terutama beberapa emulasi pedal-pedal pada MS-70CDR.
Ada dua kelemahan pedal ini yang aku perasan berbanding generasi sebelumnya. Pertama, *efek kabinet (IR?) menggunakan satu daripada lima blok tadi, jadi hanya tinggal empat blok lagi boleh diisi dengan efek lain (drive, amp, chorus, delay, reverb).
Jika menggunakan simulasi amp + kabinet, dua blok sudah digunakan dan hanya tinggal tiga blok lagi untuk efek lain. Pada generasi terdahulu, amp + kabinet adalah pada blok yang sama.
Kedua, harganya tidak lagi mesra gitaris pemula. Harga runcit G1X Four ini hampir mencecah RM600 berbanding sekitar RM270-300 untuk G1X/G1XN (sedekad lepas) dan bawah RM400 untuk G1Xon.
Disebabkan aku masih memiliki B1Xon dan MS-70CDR, pedal ini tidak akan digunakan untuk kegunaan jamming atau gig bagi menjaga fizikal dan nilainya. Jika ada peluang, ia akan didagangkan semula untuk dana-dana GLTL.
_____
AADI: G2/G2X Four lagilah mahal (rujukan).
0 comments
Post a Comment