Pancingan bersempena Year End Sale CK Music, sebuah multi-effects Zoom G3n. Dalam website CK Music mahupun platform Lazada, model ini tidak berdiskaun YES (mungkin kes tak update harga?). Tapi dalam platform Shopee mereka ia berdiskaun 40% menjadikan harganya kini lebih murah berbanding G1X Four.
G3n/G3Xn merupakan generasi kedua (dengan suffix "n"), menggantikan generasi pertama G3/G3X. Namun ia sudah discontinued dan Zoom masih belum mengumumkan pengganti generasi ketiganya.
Tahun lepas hampir-hampir menarik picu untuk G3n ini, tetapi dana-dananya telah dipintas oleh amp HT Metal 1 Snake Skin. Nasib baiklah masih sempat mendapatkannya tahun ini sebelum ia betul-betul pupus dari pasaran disebabkan klausa discontinued tadi.
Fitur dan teknologinya tak banyak berbeza dengan G1X Four, hanya berbeza kuantiti efek atau kekuatan pemprosesan bunyi digital (DSP). Maksimum tujuh blok berbanding lima pada G1X Four.
Tapi efek AMP sudahpun memakan dua blok, ditambah lagi satu blok untuk efek CAB. Tinggal empat lagi blok untuk efek lain, jadi kena berhemah memilih efek. Untuk memaksimumkan efek, boleh diasimilasikan bersama-sama pedal lain contohnya overdrive dan/atau MS-70CDR.
Didatangkan dengan firmware v2.00, terus aku update kepada firmware terkini v2.20 dengan tambahan lagi tiga efek baharu iaitu dua amp dan kabinet (KRAMPUS/KP4x12, REDLOOM/RED4x10) dan satu modulasi GEMINOS (doubling tracking) yang aku rasa seperti efek TC Electronic Mimiq.
Juga seperti G1X Four, sambungan USB hanya berfungsi untuk update firmware dan sambungan aplikasi Zoom Guitar Lab, bukannya untuk rakaman USB.
Dengan adanya G3n ini, expression pedal FP02M kini dapat digunakan setelah sekian lama terperap sejak RP360 dilepaskan. Dan model G1X Four yang masih baharu dan bau kedai akan cuba untuk dilepaskan kepada lingkungan rakan-rakan gitaris untuk modal pusingan.
Sedikit luahan hati, aku rasa selepas model G3n/G3Xn dan G5n, tiada lagi model multi-effects Zoom terkini yang menarik perhatianku. Zoom pun kini nampak lebih fokus kepada produk untuk content creators (microphones, mixers, recorders) berbanding ahli muzik.
Kalau dulu jenama Zoom menang sinonim dengan multi-effects golongan marhaen kerana harganya yang lebih ekonomi berbanding jenama saingan (ketika itu). Tapi untuk model-model terkini harga pula sudah tidak mesra marhaen per fitur yang agak tidak menarik atau biasa-biasa saja berbanding jenama-jenama China yang kini kian trending - Mooer, Nu-X, Valeton, Donner dan Joyo.
_____
AADI: Model Zoom yang pernah diguna - BFX-708, B1X, B1Xon, B2, G1X, G1M, G1N, G1u, G1X Four, G2Nu, G2.1Nu, G7.1ut, MS-50G, MS-60B dan MS-70CDR.









0 comments
Post a Comment