Selepas Goldie minggu lepas dengan Dunlop KKN1052, kali ini Mr. Smith (Jackson SDX) juga dibelanja tali baharu. Tergerak hati untuk menggunakan Ernie Ball Paradigm 9-46 ini yang sudah terperap setahun dalam stok. Ditala Eb-standard dan akan menjadi gitar utama untuk sessi jamming akan datang (bila?).
Tiba-tiba aku teringat kata-kataku dalam entri tahun lepas.
"Ok, masih sedikit fobia bila membuka apa-apa paket Ernie Ball (sumpahannya), tapi kali ini agak teruja sedikit kerana set Paradigm 10-52 ini masih "segar" tanpa karat walaupun ia batch lama (2015).
Ada lagi satu set Paradigm 9-46 akan dipasang dalam masa terdekat. Tak nak simpan lama-lama dalam stok sesuai dengan waranti 90 hari dari tarikh pembelian (bukan pemasangan)."
Nah! Fobia itu nyata, Paradigm yang gah ini pun ada tompok-tompok karat pada tali plain (GBE) setelah setahun dalam simpanan. Walaupun tidak seteruk kes ini dan ini, tetapi karat tetap karat.
Agak menyesal kerana tidak memasangnya terus pada tahun lepas (Primo pula dipasang). Kalau tak, boleh tuntut klausa waranti 90 hari tu. Berbeza dengan jenama D'Addario, siri murahan EXL pun masih berkilat tanpa karat walaupun disimpan 2-3 tahun dalam stok buktinya entri ini dan ini.
Dengan ini begitu meyakinkan aku bahawa tali gitar jenama Ernie Ball tak kisahpun apa sirinya - normal Slinky (selalu), coated Slinky (coated pun kena) dan Paradigm ini - semuanya tidak boleh diharap disimpan lama dalam stok. Lain kali, lepas beli terus pasang...
Iye? |
Malangnya aku ada TERbeli dua unit Turbo Slinky (9.5-46) seperti entri beberapa hari lepas. Yang pasti selepas ini dengan pantas ia akan terus dipasang. Maka dengan ini jenama Ernie Ball terkeluar senarai sekali lagi...
_____
AADI: #iplayslinky for the last time (part 2).
1 comment
huhu karat pulak
Post a Comment