Selepas hampir dua tahun dirilis, barulah tertarik picu untuk mendapatkan album studio ke-11 Metallica ini. Itupun selepas terjumpa CD audio ini dijual agak murah sedikit di platform Shopee. Diperolehi semata-mata sebagai pelengkap diskografi album studio Metallica.
Keterujaan aku ketika album ini dirilis tidaklah sehangat ketika menanti album Hardwired... To Self-Destruct sembilan tahun lepas. Tapi seperti HTSD, lagu-lagu dalam album ini juga banyak yang telah dirilis dalam YouTube sebelum tarikh rasmi rilisan. Mungkin ia taktik pemasaran terkini, banyak view, banyak masyuk.
Walaupun ada opsyen mendengar album kuning ini melalui platform online secara sah, contohnya Spotify dan YouTube, tapi aku rasa aku hanya pernah mendengar album ini secara keseluruhan mungkin hanya 2-3 putar sejak ia dirilis.
Harga runcit CD audio yang kini agak keras antara faktor aku tidak terburu-buru mendapatkannya, kalau tak memang aku dah beli di Victoria tahun lepas. Bukan setakat album Metallica sahaja, hampir semua band yang aku follow kebelakangan ini menerima tempias yang sama. Tiada lagi rasa FOMO, mungkin tanda-tanda untuk berhenti hobi sebegini kot?
"satu lagi kebelakangan ini seperti sudah tiada kehangatan untuk mendapatkan album-album terkini artis/band yang suatu ketika dahulu memang follow berabis
banyak dah aku ketinggalan bas - Metallica, Megadeth, Nightwish, Kamelot, Blind Guardian, HammerFall - ni semua band yang paling top dalam koleksi aku, tapi aku belum ada album terkini mereka, ada yang dah pun rilis dua album"
- komen aku dalam entri Peluru Cokelat.
Kadang-kadang aku terasa sedih bila aku tengok potret ini. Kalau tidak mengenali Metallica pastinya ia hanyalah sebuah potret generik orang tua. Tapi pada peminat metal umumnya, inilah potret seorang ikon. Nampaknya semua hero-hero metal kita sudah masuk fasa senja, namun aku respek kerana mereka masih aktif dan bertenaga untuk menghasilkan album apatah lagi konsert jelajah dunia.
Hahaha... Tak ada pula ulasan lagu-lagu dalam album ni. Tak mengapa, ini Metallica, mereka metal, walaupun tak berapa menyengat seperti album-album *terdahulu (pada pendapat aku), metal mereka masih lagi relevan selepas 40 tahun menjuangkan metal.
Juga tahniah kepada Metallica kerana berjaya menjadikan warna kuning begitu metal sekali.
_____
AADI: *Kecuali St. Anger.
0 comments
Post a Comment