Pancingan kedua bersempena jualan Merdeka Bentley Music - seunit pikap (lagi?) Seymour Duncan Distortion neck (SH-6N) yang berdiskaun 50% atas klausa display unit terakhir dari cawangan Bukit Bintang.
Tidak seperti Red Devil minggu lepas, unit yang diterima ini memang barai kotaknya seperti Blackouts dalam entri ini. Tapi mujurlah pikapnya masih baharu kerana tiada tanda-tanda pernah diguna. Daripada sticker di belakang, ia merupakan unit keluaran 2009, fuh lama gila jadi display.
Walaupun versi neck, tapi berdasarkan EQ-nya hampir sama seperti versi bridge, yang berbeza hanya output dan DCR (neck 13k, bridge16.6k). Dengan DCR 13k tadi, pada pendapat aku ia juga sesuai pada kedudukan bridge jika dipadankan dengan pikap neck dengan DCR yang lebih rendah, contohnya Jazz Model (7.5k).
Seperti biasa, disimpan dalam *koleksi peribadi sehingga ada mood untuk memasangnya pada gitar singlecut (spacing 50 mm) bersama-sama Jazz, memotong giliran Thrash Factor.
Dua alatan perkusi Pearl wood hex ganza (long. 7.25") dan Latin Percussion sugar skull shaker merupakan pembelian sampingan yang kedua-duanya berdiskaun 70% untuk menggenapkan bayaran. Pasti akan jadi mainan anak-anak.
_____
AADI: *Hobi kumpul pikap gitar?
0 comments
Post a Comment