Terlepas promosinya beberapa bulan lepas, ia kembali bulan ini dengan harga RM11.40 (harga asal RM38.00) dengan pantas terus masuk bakul dan dimuat turun. Game lama taklah besar saiz failnya.
STALKER: Call Of Pripyat merupakan sekuel kepada jalan cerita STALKER: Shadows Of Chernobyl. Aku pernah memainkan game ini (versi DVD-JS) sekitar 2010-2011, ketika itu ia merupakan versi berbahasa Russia dan bukannya versi global. Ketika itu aku hanya mampu bermain 3-5 jam pertama sahaja kerana sangkut pada misi utama kedua atas kekangan bahasa.
Sama seperti pengalaman memainkan game bergenre FPS lain ketika umur 40-an, ia tidak seseronok seperti ketika 20/30-an dulu. Faktor umur (penglihatan dan refleks) merupakan kekangan utama untuk memainkan game FPS manakala kekangan masa pula merupakan kekangan utama untuk apa-apa jenis PC games secara amnya.
_____
AADI: Kembali santai main genre RPG?
0 comments
Post a Comment