Menonton filem Jurassic World Rebirth di GSC Bintulu Sabtu lepas (05/07/2025) bersama anak dara aku meneruskan tema sama seperti Dominion tiga tahun lepas. Plot ceritanya tidak lagi berlegar dalam kehidupan Owen Grady (Pratt) dan Claire Dearing (Howard) seperti trilogi sebelumnya (World, Fallen Kingdom, Dominion).
Tapi kali ini ceritanya 17 tahun selepas insiden Dominion. Dengan watak-watak baharu dan plot yang makin mengarut dan kadang-kadang tak logik langsung, walaupun untuk sebuah filem jenis "escapism".
Seperti biasa filem genre begini pasti akan ada watak bodoh (biasanya remaja) dan elemen wokeness (diversity, rainbow people, strong female characters) adalah wajib. Juga tak dapat lari daripada cliche "dinosaur jenis karnivor akan sentiasa lapar, asyik-asyik nak makan orang".
Dan kini Spinosaurus menjadi dinosaur akuatik/marin/amfibia tidak seperti filem *ketiga (2001) yang menjadi apex predator di daratan mengalahkan Tyrannosaurus rex. Mungkin selepas penemuan fakta terkini pasca-2010. Selebihnya tak perlulah spoiler sangat...
_____
AADI: *Masih lagi filem kegemaranku dalam franchise ini.
0 comments
Post a Comment