Zoom
G7.1ut (discontinued), antara pedal efek jenis konsul (aka multi-fx gedabak) yang pernah terGAS suatu ketika dahulu ketika mula-mula terjerumus dalam dunia gitar elektrik (circa
2009). Tapi disebabkan ketika itu harganya agak premium, aku memilih Korg
AX3000G yang lebih mampu milik.
Setelah hampir enam tahun, kini ia berjaya dimiliki
walaupun GASnya sudah reda hasil urusniaga pertukaran (trade) dengan seorang rakan
seMUUV untuk gitar akustik Takamine ED20C (
Taka), serta beberapa barangan kecil sebagai penggenap nilai hampir sebulan lepas.
Disertakan sekali dengan beg cap buaya Gator
GK2110. Tiada kotak asal, yang ada cuma adapter AD-0012 dan beberapa keping manual di dalam poket sampingan.
Rahsia untuk menggunakan multi-fx gedabak semasa jamming atau gig
supaya tidak terkial-kial buang masa ialah siap-siap edit dan susun patches di rumah, nanti di studio jamming atau pentas gig hanya perlu selaraskan ZNR/NOISEGATE, GAIN, VOLUME dan CAB SIM (bergantung kepada amp yang digunakan) semasa soundcheck.
|
Bateri Energizer? |
Dan jika amp yang digunakan mempunyai FX LOOP (SEND/RETURN) di belakang, ada baiknya sambung output multi-fx pada FX RETURN, kerana bunyi modeling kegemaran anda tidak akan terjejas oleh preamp amp tersebut (bypass mode).
|
Azrol beraksi dengan G7.1ut. |
Sekarang jika menggunakan multi-fx gedabak, aku lebih selesa menggunakan Pod HD300 (dan
Pod X3 "si kacang merah" untuk kegunaan di rumah). Manakala G7.1ut ini pula
bakal telah berpindah milik kepada Azrol yang sememangnya peminat Zoom dan perlukan sebuah multi-fx yang lebih sesuai/serasi.
Tiba-tiba teringat entri
G9.2tt Jairo beberapa tahun lepas (waktu dia rajin berblog).
_____
Ada apa: Too advance for console? Stick with stompboxes...
0 comments
Post a Comment