Menunaikan hajat anak autis aku si Junior untuk menonton filem A Minecraft Movie di pawagam. Sejak tahun lepas lagi dia dah bulatkan tarikh rilisan dalam kalendar. Amat jarang dia ajak tengok wayang, kali terakhir layan Polis Evo 3.
Dah alang-alang aku ajak sekeluarga menonton ala family time, sama seperti filem Mario beberapa tahun lepas. Tapi kali ini memilih tayangan 1.30 petang di play hall GSC Bintulu. Kali pertama masuk play hall ini, sedikit berbeza berbanding family friendly hall TGV Bintulu yang mana playground di luar dewan, manakala GSC ini di dalam dewan betul-betul bawah layar skrin.
Junior dan adiknya si Arlo seperti budak-budak lain di dalam dewan amat mudah mengenali watak-watak dan makhluk Minecraft dalam filem ini seperti creeper, villagers, iron golem dan Enderman. Sebab mereka pun ada bermain Minecraft sama ada Minecraft Dungeons (PS4) atau pelbagai versi bootleg di Internet.
Seperti biasa, Hollywood tak dapat lari daripada mentololkan watak lelaki untuk filem-filem sebegini, manakala watak wanita paling hebat sepanjang zaman. Watak Natalie dan Dawn amat mudah mengalahkan musuh berbanding watak Steve dan The Garbage Man yang terkial-kial kebingungan. Selebihnya tak perlulah spoiler sangat...
Yang pasti, kedua-dua Jack Black dan Jason Momoa memang mat rock/metal pada penghujung filem.
_____
AADI: Terlepas babak viral chicken jockey sebab menemankan anak ke tandas.
0 comments
Post a Comment