Pancingan terakhir bersempena jualan Merdeka Bentley Music. Seunit pikap Seymour Duncan Jeff Loomis Blackouts bridge (ya, pikap gitar lagi) yang berdiskaun 40% atas klausa display unit terakhir dari cawangan Gurney Paragon, Penang.
Juga diterima dengan kotak yang agak barai seperti Distortion bulan lepas, dengan permukaan pikap yang agak "kotor" dengan cap jari. Tetapi kesemua isi dalaman lengkap - potentiometer, kapasitor, wayar, skru dan manual.
Blackouts dengan "perisa" Jeff Loomis - slug pole pieces, black cover - yang fizikalnya nampak seperti EMG Het Set. Litar preamp di belakang nampak berbeza berbanding Blackouts biasa. Tapi serius, EMG nampak lebih kemas.
Seperti biasa, akan disimpan dalam stok peribadi (koleksi?) sehingga ada gitar perumah yang sesuai. Atau kalau nak pandu uji, akan dicuba plug and play pada Shiro atau Iron Cross yang memiliki sistem solderless EMG. Itupun kalau rajinlah...
_____
AADI: Loomis pun dah main pikap pasif.
0 comments
Post a Comment