Mengucapkan selamat tinggal kepada Deluxe (LTD EC-1000VB) yang baru sahaja melepasi tempoh dua tahun berada dalam axology aku Januari lepas. Ketika berjaya memiliki Shiro (ESP Eclipse-II), aku memang berhajat untuk melepaskan satu gitar Eclipse/EC, sama ada gitar ini atau Sven (LTD EC-257).
Gambar lama, pikap lama. |
Sebenarnya tapi tak lari ke mana pun, ia kini dimiliki oleh Azrul yang telah mengintainya sejak penghujung 2020. Dilepaskan bersama-sama set pikap pasif EMG ALX/H1N yang baru sahaja dipasang bulan Februari lepas. Aku pasti Azrul akan dapat "menjinakkan" pikap ini dengan gaya permainannya.
Ini antara gitar yang ampuh dalam axology aku (LTD 1000-series beb), lebih-lebih lagi dengan set ALX/H1N tadi. Tapi ia dilepaskan jua bagi mengurangkan model Eclipse dalam axology, serta memberi laluan kepada model lain untuk masuk dalam slot axology (eh?).
Pernah beberapa kali dibawa jamming dan beraksi sekali semasa gig Santai Muzikal penghujung 2020. Belum ada nilai-nilai nostalgik setakat ini dan aku tidak keberatan untuk melepaskannya, lebih-lebih lagi kepada rakan seperjuangan.
Juga diborong bersama-sama gigbag Gator GB-4G-ELECX2 sebagai pelepasan sampingan. Senang untuknya membawa dua gitar sekaligus ke lokasi jamming atau gig, tubuh masih muda pastinya tidak terasa menggalas dua buah gitar dalam gigbag berbanding kami yang telah masuk alam 4-series.
Seperti ex-Mirage (LTD M-103FM) yang juga berpindah milik kepada Azrul tiga tahun lepas, gitar ini pastinya akan pergi jauh bersama-sama Larrong, Erectus atau Tahi Suci berbanding terperap dalam almari aku.
_____
AADI: Cerianya hari raya.
0 comments
Post a Comment