Legacy Of The Void sememangnya kempen StarCraft II yang hebat, lebih hebat berbanding Heart Of The Swarm dan Wings Of Liberty sebelumnya. Ditambah dengan dua kempen "bonus" prolog dan epilog membuatkan kempennya lebih panjang.
Dan untuk meneruskan kuadrologi, selepas habis memainkan LOTV dibeli pula kempen Nova Covert Ops dengan harga USD9.50 sejajar dengan semangat gaming-PKP. Harapnya dapatlah nocturnal gaming lagi untuk jangka masa seminggu.
Kempen ini berpaksikan Nova, ejen Ghost terkemuka Dominion Terran. Kempen-kempennya lebih teknikal selain strategi asal StarCraft II. Mengingatkan aku kepada kempen Command & Conquer: The Covert Operations sekitar 25 tahun lepas yang lebih mencabar berbanding kempen asal C&C.
_____
AADI: Defenders Of Man?
1 comment
grafik cantik
Post a Comment