Jika tahun lepas kita masih lagi agak terpinga-pinga dengan situasi PKP dan SOP pada tiga bulan pertama (Mac-Mei). Tapi bulan berikutnya (Jun) budak-budak sudah kembali bersekolah, bulan Ogos pula sudah tiada permit polis diperlukan untuk perjalanan rentas daerah.
Gambar hiasan - hobi yang tersadai. |
Tahun ini walaupun kita sedikit sebanyak lebih berpengetahuan dan berpengalaman berbanding tahun lepas, tapi sepanjang tahun terasa hambar. Aku paling kesian dengan anak-anak, si kakak Lil'Ijau hanya sempat bersekolah fizikal tak sampai sebulan, taska Ijau Jr. pula on-off-on-off tapi yuran masih dibayar penuh.
Mei - Juga beraya dalam keadaan PKP lagi tahun ini, tiada yang menarik selain jimat belanja, hahaha...
Jun - Menerima dos pertama vaksin bulan Jun setelah memohon sejak bulan Februari. Di kampung pula, mak ngah aku antara yang pergi akibat C19 penghujung Jun. Kemudian beberapa ahli keluarga dan sanak saudara aku di kuarantin kendiri di rumah (nasib baik) termasuklah mak dan kakak aku.
Julai - Menerima dos kedua vaksin pertengahan Julai. Penghujung Julai pula Mrs. Ijau menjadi kontak rapat kepada kes positif di tempat kerja dan dikuarantin 14 hari oleh KKM di hotel. Ini tempoh masa paling mencabar tahun ini (walaupun tidak sesedih cabaran tahun lepas) kerana fokus menjadi single parent selain kuarantin kendiri (kontak sekunder/tertier).
September - bila SOP pergerakan agak longgar barulah dapat mengunjungi pusara anak syurgaku selepas lima bulan terhalang daripada rutin bulanan.
Oktober - Bob Kandar pula positif C19, walaupun sekarang sudah sembuh tapi masih semput pasca-C19. Tak lama kemudian Azrol sekeluarga pula antara yang positif C19, tapi mujurlah tidak bergejala dan tidak sakit.
November - Bila sudah boleh merentas daerah tanpa perlu permit polis, kami mengambil peluang balik kampung Mrs. Ijau di Dalat setelah hampir setahun tidak dapat berpeluang sedemikian.
Disember - Bila SOP kemasukan ke Sabah/Sarawak dah longgar sikit, tidak perlu lagi swab-test atau kuarantin, aku terus mengambil peluang ini balik kampung setelah tidak keluar Sarawak sejak 7/6/2019.
Balik secara solo melalui jalan udara, jumpa orang tua walaupun sekejap, pergi Jumaat balik Ahad. Serius, genap dua setengah tahun (30 bulan) aku tak balik Sabah. Harapnya sempadan Brunei akan buka tahun depan, dapatlah kami balik sekeluarga balik melalui jalan darat trans-Borneo aka tour de Brunei.
Harapanku untuk 2022 tiada lagi PKPx diisytihar, kehidupan harian kita beransur pulih walaupun dengan kekangan norma baharu (pelitup muka, perjarakan fizikal, MySejahtera, dll). Imuniti komuniti/kelompok itu benar, harapnya program vaksinasi akan diperluas untuk budak-budak bawah 12 tahun kerana merekapun tidak sabar untuk kembali bersekolah. Insya-Allah...
_____
AADI: Bila kali terakhir anda demam/selesema?
3 komen:
salam takziah. innalillah wa inna ilaihi rojiun
Kesian kan budak2 sekolah terutamanya yang Darjah Satu tak sempat nak merasa pengalaman bermulanya alam persekolahan macam biasa..
harapnya tahun 2022 persekolahan lancar, anak autistik aku masuk darjah satu tahun ni
Post a Comment