Dengan EMG solderless system, pemasangan menjadi amat mudah, tak sampai 15 minit. Tone pot dan stereo output "dipinjam" daripada EMG SA yang ada dalam stok peribadi untuk melengkapkan litar.
Cuma terkial-kial juga hampir 2-3 jam trial and error mencuba konfigurasi gabungan dua manual berasingan (EMG push/pull pot + 5-way switch).
Rupa-rupanya EMG 89 ini merupakan model lama (red logo) berbanding model baru (gold logo). Push/pull pot yang digunakan pun agak berbeza, hanya ada H5 busses berbanding H6 pada model baru. Terpaksa mencari manual S/S/89 set lama barulah litar 100% berfungsi.
Tak lupa dibelanja dengan tali gitar baru D'Addario EXL140 (10-52), stok terakhir D'Addario dengan bungkusan design lama. Dah menjadi kebiasaan dipasang secara songsang sebegini (ball-end pada headstock). Ditala pada talaan D-standard, sesuai dengan fungsinya sekarang sebagai gitar metal - ESP, EMG dan metal berpisah tiada.
Mirage ini pernah dipasang dengan konfigurasi HS EMG SA/81 dua tahun lepas. Jadi karekteristik EMG SA sedikit sebanyak sudahpun diketahui - sparkling cleans, moderate when overdriven. EMG 89 pula karekternya berbeza sedikit berbanding EMG 81, mungkin disebabkan jenis magnet yang digunakan.
Dipandu-uji seoptimum pada keesokan harinya di studio Hepi;) bersama-sama Pod HD300 dan Vypyr 30. EMG pada pendapat aku lebih sesuai digunakan bersama-sama pemproses bunyi berbanding direct amp (quite the opposite compared to Probucker).
Cuma agak menyesal pula pasang tali bersaiz 10-52 di atas tadi, lebih bagus jika aku pasang saiz 9-46 atau 10-46 untuk talaan standard/Eb berbanding D. Dengan EMG SA/SA/89 Mirage lebih sesuai menjadi gitar versatile berbanding one trick pony metal guitar.
_____
AADI: *Disimpan dalam stok, untuk gitar lain atau dijual GLTL.
0 comments
Post a Comment