Untuk kali yang ke-entah abang long Goldie bertukar pasangan pikap lagi. Kali ini dipasangkan dengan set Epiphone Alnico Classic menggantikan set Lace Alumitone/Deathbucker yang dipasang pada awal tahun ini.
Pemasangan hanya mengambil masa sekitar 20-30 minit, kerana isi perutnya sebelum ini (50's wiring) telah disusun supaya mudah untuk dipateri tanpa perlu membuka dan mengeluarkan kesemua potentiometer.
Pickguard juga dipasang menjadikannya seperti "Les Paul Standard Goldtop" berbanding "1957 Les Paul Goldtop" kerana pikap asalnya adalah Gibson 57 Classic/Classic Plus versi 4-conductor dan bukannya Alnico Classic ini.
Pikap asal, 2011. |
Prestasi pikap Alnico Classic ini jenis "hit and miss" seperti set ProBucker beberapa tahun lepas. Pendapat peribadi, setakat ini ia amat ampuh jika disambung terus ke amp berbanding pemproses bunyi (modeling, multi-fx).
ProBucker, 2016. |
Tapi untuk harga RM60+ satu set, ia memang berbaloi dan membuatkan mindaku mula mempertikaikan harga pikap aftermarket lain yang 5-10 kali ganda mahalnya.
Kini, kedua-dua Les Paul aku bernadi Alnico Classic, dan setiap perincian pada Goldie cuba untuk direplikasi pada Tigera supaya feel keduanya terasa sama - kecuali penampilan dan berat (Goldie 4.0 kg, Tigera 3.5 kg).
Termasuklah tinggi action, sekitar 1.00-1.14 mm pada fret ke-12. Rujukan aku amat senang, cukup-cukup untuk pick berketebalan 1.14 mm tidak jatuh jika diletak pada perantaraan fret ke-11 dan 12.
Sebagai abang long, Goldie dirancang untuk direhatkan daripada tugas jamming/gig dan digantikan dengan Tigera yang lebih ringan. Kecuali untuk ulang tahun ke-10 MUP seperti yang telah dirancang, selepas semuanya kembali *stabil.
_____
AADI: *Itupun entah bila...
0 comments
Post a Comment