Mengambil keputusan untuk mengeluarkan set Lace Alumitone/Deathbucker daripada Shiro dan memasang semula pikap asalnya iaitu set EMG 81/60. Set Alumitone/Deathbucker tadi dirancang untuk dipasang pada Swede jika tiba masanya.
Set EMG 81/60 ini tiada masalah, sebelum ini dikeluarkan kerana ingin menggunakan set pikap pasif pada gitar ini. Selama hampir dua tahun aku memilikinya, ia sudahpun lima kali bertukar-tukar set pikap (Alumitone/Deathbucker, ALX/H1N, PAF Pro/Super 3, Alumitone/Deathbucker #2, EMG 81/60).
Mencuba sedaya-upaya untuk mereplikasi pendawaian hardwired asal kilang ESP. Pot-pot 25k yang ada pun sudah agak berkarat (gitar tahun 2010) tapi masih boleh digunakan. Akan dibiarkan begini selagi ia masih berfungsi.
Pendawaian asal. |
Rasanya gitar ini hanya pernah dibawa jamming sekali sahaja setakat ini, itupun jenis jamming dalaman. Masih belum berani segan untuk membawa sebuah ESP semasa jamming di studio luar atau gig. Pernah juga digunakan ketika kolaborasi Raya kelolaan Dead Eye Guitars (Calvin YiChen) beberapa bulan lepas.
Dengan statusnya sebagai gitar koleksi dan paling mahal dalam axology, biarlah ia menjadi mainan syok sendiri di rumah sahaja. Disimpan semula dalam peti ESP kerana sekarang musim hype bermain Chucky dan Swede.
Untuk penyimpanan yang lama, bateri dikeluarkan supaya ia tidak mereput dalam kaviti, paling teruk kalau bateri jenis alkaline. Notis diletakkan supaya bila ia ingin dimainkan semula (amped), tidaklah gabra kenapa tiada output.
Harapnya set EMG 81/60 ini akan terus kekal pada gitar ini dan tiada nafsu lagi menukarnya.
_____
AADI: ESP x EMG.
0 comments
Post a Comment