Sambungan entri minggu lepas, bila ada masa terluang barulah litar-litar EMG easy-connect dipindahkan ke dalam gitar rimau Tigera (Epiphone Les Paul Custom Plus Top) ini. Tulisan EMG yang sudah lusuh disepadankan dengan hardware gitar ini untuk penampilan lebih bermusim.
Lebih banyak masa diluangkan bermain pateri ketika membuka dan mengeluarkan litar lama Epiphone berbanding memasang sistem easy-connect EMG. Hanya suis toggle asal Epiphone sahaja yang masih digunakan, segala elektronik lain; potentiometer, kapasitor dan output jack (mono) dikeluarkan.
Cuba sedaya upaya untuk menyusun wayar-wayar sistem easy-connect EMG ini supaya kemas dan muat dalam kaviti Les Paul yang terhad. Juga perlu memikirkan ruang untuk sebiji bateri 9V lagi. Seperti biasa diikat dengan cable tie untuk meneruskan legasi YusTech.
Teringat ketika memasang set EMG Zakk Wylde pada gitar Cherry Boy Nuing hampir sembilan tahun lepas. Tapi gitar tersebut sudahpun ada ruang kaviti khas untuk bateri.
Masih mengekalkan setting ABQ preamp default Alexi (resonant frequency @ 1.38 kHz) dan gain boost sekitar 45-50%. Seperti dirancang, hanya pikap bridge ALX sahaja yang dipengaruhi oleh litar ABQ ini, pikap neck adalah H1 pasif seadanya.
Gitar ini dikhaskan untuk talaan rendah (C-standard, drop-Bb) berpandukan petua daripada Greg Winn (guitar tech Björn Gelotte). Tali 12-56 sedia ada pun masih boleh digunakan tak perlu ditukar buat masa ini. Set Lace Alumitone/Deathbucker sebelum ini pula kembali dorman dalam simpanan.
_____
AADI: Selamat berbulan Mac.
0 comments
Post a Comment