Memasang set tali gitar baharu GHS Boomers GB9.5 (9.5-44) pada Swede menggantikan tali asal yang aku pasti sudah lama tidak ditukar. Agak menyesal juga menggunakan saiz 9.5-44, patutnya 10-46 atau 10-52. Saiz 9.5-44 tadi terasa kurang rintangan walaupun pada E-standard, atau mungkinkah sekarang musim jari-jemariku sudah kembali kuat?
Dalam kesempatan yang ada sebelum memasang set tali tadi, fretboard dirawat dengan produk penjagaan fretboard Jim Dunlop. Fret-fret tidak perlu digilap kerana masih berkilat, penghujung fret pun cantik bulat dan tidak tajam.
Masalah output pikap neck juga cuba diselesaikan. Aku merombak semula pendawaian yang ada dan memasangnya semula menggunakan komponen asal dengan skematik yang lebih ringkas, ilmu yang dipelajari daripada arwah YusTech.
Selepas pendawaian semula, kedua-dua pikap memberikan bacaan DC resistance (ohm) yang stabil. Pada humbucker penuh pikap bridge agak hot/high output, manakala pikap neck memberikan ciri-ciri sebuah pikap PAF.
Humbucker - neck 7.9k, middle 5.1k, bridge 14.1k
Split - neck 3.9k, middle 2.5k, bridge 7.1k
Epiphone Alnico Classic (rujukan) - neck 8.2k, middle 5.2k, bridge 15.2k
Pendawaian asal. |
Ternyata masalah sebelum ini berpunca daripada pendawaian yang tidak betul, terutama skematik pembumian (grounding). Aku cuba untuk memberi peluang kepada set pikap generik ini terlebih dahulu untuk menunjukkan prestasinya jika ada sessi jamming kelak.
Jika responnya setaraf atau lebih bagus daripada set Epiphone Alnico Classic, ia akan dikekalkan dalam gitar ini. Jika tidak, telah dirancang digantikan dengan set Lace Alumitone/Deathbucker.
_____
AADI: Atau set DiMarzio PAF Pro/Super 3.
2 komen:
Headstock kelihatan... mengancam.
pasti!~
Post a Comment