Selepas setahun memilikinya, barulah aku "berani" membuat modifikasi ke atas Shiro ini (ESP pun tak terlepas daripada mangsa modifikasi) walaupun telah dirancang sejak set Lace Alumitone/Deathbucker diperolehi hujung tahun lepas. Inipun terpicu projek selepas set EMG 81/60 asalnya telah dirobek oleh Deluxe.
Kerja-kerja pemasangan mengambil masa hampir sejam, walaupun dengan bantuan solder station baharu yang melancarkan proses pematerian, namun proses lain perlu dilakukan dengan cermat dan disusun sepremium mungkin.
Kedua-dua Alumitone dan Deathbucker ini disyor menggunakan pot 250k. Tapi aku ada banyak stok pot 500k dalam simpanan, pot B500k Gotoh digunakan untuk kedua-dua volume neck dan bridge.
Manakala pot 500k DiMarzio EP1201PP push-pull pula untuk tone yang juga berfungsi sebagai coil-splitter (yes, split-able). Kapasitor Sprague 0.0473uF Orange Drop besar itu pula antara legasi NoobAxe yang hampir 10 tahun dalam simpanan.
Sebelum ini set Alumitone/Deathbucker pernah dipasang pada Goldie, tapi aku berpendapat ia terlalu metal untuk gitar tersebut. Goldie juga akan direhatkan daripada tugasan luar (jamming/gig) digantikan oleh Tigra yang lebih ringan.
Antara kelemahan menggunakan pot 500k tadi ialah karekter bunyinya agak nyaring (bright), tapi dapat diseimbangkan dengan tombol tone sama ada pada gitar, pedal, amp atau menggunakan kabel yang panjang. Penampilannya juga agak unik berbanding ESP lain yang menggunakan EMG atau Seymour Duncan.
Selebihnya, temberang saja yang lebih, kah kah kah...
_____
AADI: Juga menjadi lebih ringan, kurang 200 gram.
0 comments
Post a Comment