Tahun ini katanya Seymour Duncan (pickup company, not the person) menyambut ulang tahun ke-50, tapi aku tak pasti bilakah tarikh sebenarnya. Sebagai collector, aku ada beberapa pikap Seymour Duncan dalam simpanan seperti yang telah dibuatkan entri *beberapa bulan lepas.
Sebagai player, hanya ada dua gitar dalam axology aku yang menggunakan pikap Seymour Duncan. Pertama, Prestige Heritage Custom Deluxe MC (Chucky) yang memang didatangkan dengan set 59/JB. Tidak dinafikan set 59/JB sememangnya ampuh dalam gitar ini. Ia akan dibiarkan seadanya dan tidak akan dikacau.
Kedua, GrassRoots Horizon-III G-HR3-68 (Tofu) yang kini bernadi set Jazz/JB (kontot). Selepas sessi jamming pandu-uji bulan lepas, mungkin aku akan keluarkan set Jazz/JB ini dan menggantikannya dengan set Lace Alumitone/Deathbucker yang sudah lama terperap dalam simpanan. Set Jazz/JB tadi sama ada akan dipasangkan pada gitar lain ataupun didagangkan semula.
*Begitu juga dengan nasib pikap-pikap Seymour Duncan dalam entri tersebut. Aku rasa akan dagangkan semula untuk dana pusingan beli gitar/bass baharu. Hanya set Thrash Factor sahaja yang mungkin akan aku simpan sebagai legasi Dave Mustaine dan Megadeth yang akan pencen.
_____
AADI: Apa model pikap Seymour Duncan kegemaran anda?







0 comments
Post a Comment