Melepaskan set 7-string Seymour Duncan Sentient/Nazgûl ini selepas diiklankan di Facebook Marketplace beberapa hari lepas. Sebelum ini ia dipasang pada Sven (LTD EC-257) dan bertahan di situ lebih kurang dua tahun.
Memandangkan gitar ini pun jarang dimainkan, tiada makna untuk set ini dibiarkan di dalamnya. Ada baiknya ia didagangkan semula untuk mengumpul dana-dana baharu. *Dapat balik modal jadilah, lebih sikit kira rezeki...
Dengan genre muzik yang aku mainkan sekarang, seperti tiada keperluan untuk gitar bertali tujuh begitu juga masih terasa janggal menggunakannya. Jika memerlukan talaan rendah juga, satu gitar aku akan dikhaskan dengan talaan rendah B-tuning atau drop-A.
Sven tadi dipasangkan semula dengan pikap asal ESP Designed LH-150 dan akan dirancang untuk dilepaskan jika yang berminat. Gitar ini jarang dimainkan, kali pertama dan terakhir ia dibawa jamming pada bulan Oktober 2019. Selepas itu terperap dalam hardcase, lebih-lebih lagi selepas perolehan Deluxe.
_____
AADI: *Bolehlah dilaburkan untuk benda lain...
0 comments
Post a Comment