Menurut DEG, gitar ini telah tergantung dan tidak terjual sejak 2011, mungkin disebabkan langsung tiada entri dalam blog DEG (kalau adapun cuma model Midnight Vine) membuatkan orang tidak tahu kewujudannya.
Ritual pertama dilakukan selepas membuka kotak ialah memeriksa kerosakan atau kecacatan pada gitar. Nah! Ada dua lekukan (dents) pada bahagian belakang berdekatan dengan kaviti spring tremolo. Selepas disiasat ia merupakan kesan daripada hentakan tremolo bar atau strap lock yang ada di belakang gitar bersama-sama manual dan aksesori lain semasa dalam kotak.
Kalau dulu-dulu (macam kes ini dan ini), memang ada rasa nak menangis kalau ada kerosakan sebegini terjadi semasa proses penghantaran. Sekarang agak berserah dan bersahaja, lagipun gitar ini B-stock dan lekuk tadi berada di belakang, tempat yang selalu kena tali pinggang.
Aksesori yang datang sekali, tremolo arm, strap lock jenama Epiphone (culprit), manual, poster dan sticker Epiphone. Disertakan juga tiga bungkus tali gitar D'Addario, satu unit untuk menggantikan tali yang dah karat pada gitar ini, dua unit adalah "hutang" daripada transaksi lama.
Fizikalnya tipikal seperti Les Paul Studio Goth, tetapi dengan tambahan sistem Floyd Rose Special dan pikap EMG-HZ (H4/H4A). Agak berat sedikit (4.2 kg) berbanding Goldie (4.0 kg). Keseluruhan gitar ini adalah berwarna hitam, termasuk fretboard adalah daripada kayu ebony, amat susah untuk mendapatkan gambar yang jelas. Tidak syak lagi ia merupakan sebuah gitar metal, boleh menandingi LTD Black Metal Series.
Agak pelik sebuah gitar Les Paul dengan sistem Floyd Rose, suatu ketika dahulu aku tak boleh terima kombinasi begini. Sekarang bila dah biasa guna floating bridge, ia bukanlah masalah besar.
Bahagian belakang neck dan headstock adalah satin dan bukan glossy seperti Les Paul biasa. Kombinasi kayu adalah mahogany (body), maple (neck) dan ebony (fretboard) berbanding Les Paul tipikal mahogany (body), maple cap (top), mahogany (neck), rosewood (fretboard).
Daripada nombor siri gitar ini 1010150843 (Oktober 2010) ia hampir seusia dengan Goldie aku (September 2010) cuma berbeza kilang, Goldie merupakan keluaran Gibson Qingdao Plant manakala gitar ini tidak diketauhi kilangnya. Oh ya, model Nighfall ini merupakan model "Limited Edition Custom Shop" sama seperti Goldie.
Ruang kaviti pikap yang agak bersih. Pikap-pikap EMG-HZ adalah versi hardwired
FRS yang digunakan adalah jenis recessed, ini menyebabkan sudut antara neck dan badan agak rata/lurus seperti superstrat, berbanding sudut tipikal Les Paul yang menggunakan TOM bridge. Kelebihannya, lebih mudah mendapatkan action yang rendah. Kelemahannya, pikap akan menjadi terlalu dekat dengan tali.
Pematerian kemas walaupun susunan wayar agak caca marba. Ruang kaviti untuk elektronik juga bersih seperti kaviti pikap di atas. Yang ini aku biarkan dulu, nanti bila dah rajin baru buat pendawaian baru.
Sebagai gitar B-stock, ada beberapa "kecacatan" pada gitar ini, antaranya:
- Setup asal memang teruk, action terlalu tinggi.
- FRS stud bolt tidak dibenamkan dengan rata, treble-side lebih tinggi daripada bass-side, antara penyebab action yang tinggi - perlu sedikit kerja kayu.
- Banyak calar-calar halus (hairline) pada badan gitar, warna hitam begini memang sangat mudah calar.
- Pot dan output jack yang longgar.
- Besi fret ke-13 ada sedikit "luka" berdekatan dengan tali ketiga, akan terasa sangkut/rintangan sedikit ketika bending pada lokasi tersebut.
- Pertukangan kayu yang teruk pada fretboard selepas fret ke-19 seolah-olah terlepas pandang.
Diberikan gelaran yang mudah, iaitu NIGHTFALL sahaja, mengingatkan aku kepada lagu Blind Guardian dengan tajuk yang sama. Juga mengingatkan aku kepada ex-Les Pirate.
Bersambung...
_____
AADI: *Sasaran asal dalah DN520K, tapi sudah dikebas orang sehari lebih awal.
3 komen:
Teringin nak beli gitar.. dari bertahun lepas belum beli2 lagi. Harap tahun ni dpt lah seketul.. haha
Dah banyak gitar kau ya ijau
d'arsil - pesanan aku, jangan beli ala kadar, jangan beli yang starter pack, beli yang proper sedikit
rafi - banyaklah jugak, tapi masih boleh kira dengan jari
Post a Comment