P-bass "Fender" ini tersadai dalam studio Hepi;) sejak bermulanya sessi jamming dalaman. Katanya bass ini sudah rosak, tiada bunyi...
*Inipun atas inisiatif sendiri (rujuk perenggan akhir) aku membawanya balik untuk diservis. Ketika membelek-beleknya, aku perhatikan banyak benda yang "tak kena" berkaitan bass ini.
Pertama sekali yang paling ketara ialah pemasangan tali bass yang salah, sepatutnya digulung lawan jam bukannya arah jam. Nut juga terpesong ke kiri akibat tekanan string yang dipasang salah tadi. Cara melilit string tu malaslah aku nak cerita.
Tuning machine jenis open gear nampak tegap, dan harapnya dapat menahan talaan. Tiada nombor siri pada belakang headstock mahupun pada neck plate, label "Fender, made in USA" pada headstock tadi memang sudah dikompromi.
Ini improvasi oleh pengguna, melekatkan sticker/sellotape merah sehingga fret kesembilan ala "sharkfins" Jackson. Adakah ia untuk bantuan visual atau kosmetik semata-mata?
Ini buat aku geleng kepala. Siapa yang bijak sangat membuka skru-skru pada saddle bridge ni? Macam mana nak laraskan ketinggian action? Action jadi terlalu rendah dan buzzing sepanjang fretboard.
Skru pickguard pun telah diganti dengan skru yang agak besar, ternyata pickguard bass ini pernah dibuka dan elektronik di dalam pernah "diservis"? Musang Otai Band - mungkinkah ini nama band pemilik asal?
Berapa lama tak pernah cuci bass ni? Biasanya aku akan guna Dunlop Formula No. 65, tapi residu kulit manusia dan kulapuk yang tebal begini hanya berkesan dihilangkan dengan multi-purpose cleaner.
Seperti dijangka bass ini pernah "diservis" sebelum ini. Tanda-tanda pot volume tidak dipasang ketat pada pickguard menyebabkan wayar bergulung dan ada yang sudah terputus.
Aku pasti litar asal dari kilang bukanlah begini, yang "menservis" sebelum ini rasanya tidak merujuk skematik P-bass di internet. Banyak kesalahan yang tak perlu aku ceritakan di sini. Agaknya bagaimanakah bunyi bass ini kalau wayar-wayar tadi tidak putus?
Semua komponen elektronik asal - pikap, potentiometer, kapasitor dan output jack - masih bagus, aku hanya perlu memateri litar baharu. Ilmu yang dipelajari daripada sifu YusTech diaplikasikan di sini.
Saddle juga disendal (shim) dengan kadbod supaya action cukup-cukup rendah/tinggi supaya bass ini dapat dimainkan. Ini merupakan penyelesaian sementera, kelak aku akan suruh tuan punya beli bridge baharu melalui Shopee/Lazada, benda ni tak sampai pun RM50 seset.
Nut digam semula dan tali bass dipasang pada tuning machine seperti yang sepatutnya. Truss rod dilaras, diintonasi dan ditala pada talaan E-standard.
Sekarang bass ini sudah boleh digunakan dengan optimumnya. Dah boleh main bass letup-letup macam Stevenson Steve Harris. Tiada lagi alasan untuk tuan punya tidak dapat main bass semasa jamming dalaman dan selamatlah aku daripada menjadi bassist bidan terjun lagi, hahaha...
_____
AADI: *Sometimes, all you have to do is ask...
1 comment
Mantap 👍🏾
Post a Comment