Kedua-dua set pikap Lace Alumitone/Deathbucker dan DiMarzio PAF Pro/Super 3 masing-masing bertukar-silang gitar perumah (Les Paul dan Eclipse). Walaupun sama gitar jenis singlecut, tetapi masing-masing memiliki karekter yang berbeza dan unik.
Shiro kembali dipasang dengan Lace Alumitone/Deathbucker untuk kali kedua dan masih mengekalkan pot Bourns 500k. Penampilan pikap ini juga lebih ganas dan futuristik sepadan dengan tema gitar metal ESP serta mengurangkan berat sekitar 100 gram.
Abang long Goldie pula dipasang dengan set DiMarzio PAF Pro/Super 3 (DP151/DP152). *DiMarzio dan Les Paul sememangnya pasangan yang sepadan dan ampuh untuk classic rock atau heavy metal.
Set yang lebih moden berbanding set klasik PAF 36th Anniversary/Super Distortion (DP103/DP100) yang pernah dipasang beberapa kali pada gitar ini. Dan ini merupakan kali ke-14 Goldie bertukar pikap, fuh...
Goldie juga dibelanja dengan set tali baharu Ernie Ball Turbo Slinky (9.5-46), seperti biasa ditala Eb-standard.
_____
AADI: *Nak main Seymour Duncan, Chucky ada 59/JB.
0 comments
Post a Comment