Sudah lama tidak memiliki barangan berjenama Behringer. Swee Lee kini menjadi pengedar rasmi jenama Behringer (dan semua jenama di bawah Music Tribe), maka barangan Behringer boleh didapati dengan harga yang lebih murah beserta pengeposan percuma.
Memesan tiga barangan Behringer iaitu Xenyx 502 mixer, SL 75C dynamic cardioid microphone dan NR300 Noise Reducer. Selain kegunaan utama untuk perhobian, barangan ini juga dapat diasimilasikan untuk kegunaan aplikasi seperti Zoom dan Google Meet semasa WFH atau podcast.
1) Xenyx 502 - Aku pernah memiliki mixer model yang sama sembilan tahun lepas, zaman rajin jamming di Z-Studio. Kemudiannya dilepaskan tahun berikutnya untuk kegunaan Hepi Sound Entertainment (HSE). Versi terbaharu ini fizikalnya terasa lebih berat berbanding versi lama.
Versi 2012. |
Perancangan kegunaannya, mikrofon pada input pertama (vokal), manakala input-input lain untuk multi-effects gitar seperti RP360 dan/atau Pod HD. Output ke IRT-X cab untuk monitoring, manakala line-out IRT-X ke input PA system atau mixer utama.
2) SL 75C - Musim pandemik ini, agak cuak untuk berkongsi mikrofon. Setakat ini aku cuma ada mikrofon Sony F-V120 dan Zoom H2 (USB mic) juga untuk kegunaan di rumah. Mikrofon Wharfedale Pro DM4.0S sebelum ini juga telah dilepaskan kepada HSE.
Daripada fizikalnya ramai yang berpendapat ia adalah klon Shure SM57, tapi daripada review di YouTube, rata-rata mengatakan kualiti bunyinya tidaklah 100% sama dengan SM57.
Walau bagaimanapun ia masih lagi berbaloi sebagai sebuah mikrofon untuk vokal dan amplifier gitar. Jika semakin menjadi-jadi, akan cuba mendapatkan model B 906 dan/atau SL 85S pula selepas ini.
3) NR300 - Pengganti kepada Silencer yang dilepaskan beberapa bulan lepas. Ini adalah pedal klon dan alternatif kepada Boss NS-2 yang berharga lima kali ganda mahal.
Pedal-pedal stompbox Behringer kini didatangkan dengan kotak sepeti Boss, tidak lagi bungkusan plastik seperti 10 tahun lepas yang nampak seperti barang mainan.
Pedal jenis noise suppressor/reducer/gate sebegini antara pedal yang jarang dipijak, jadi fizikalnya yang diperbuat daripada plastik tidak menjadi penghalang untuk dimiliki. Setakat ini ia amat cemerlang digunakan bersama-sama amp HT-5RH.
Akan datang, ingin memesan beberapa pedal Behringer lagi, buat masa ini kebanyakkannya telah laris dijual dan kehabisan stok dalam website Swee Lee.
_____
AADI: Up the Behr!
1 comment
Aku baru tau Swee Lee ni ada jual lp...terjebak jugak aku sekeping..haha
Post a Comment