Set DiMarzio PAF Pro/Super 3 yang sebelum ini dipasang dalam Goldie kini dikeluarkan dan dipasang pula pada gitar rimau Tigera. Kenapa? *Kerana aku boleh.
Ada sedikit modifikasi pada pikap, ia dipasangkan dengan cover berwarna emas kerana aku agak OCD dengan penampilan gitar ini, sebuah Les Paul Custom yang sewajarnya set gold hardware, berbanding hanya bobbin hitam.
Cover logam begini mudah diperolehi melalui Shopee. Sudah agak lama aku memperolehi set emas ini juga ada set berwarna hitam matte. Ia amat serasi dengan saiz tapak pikap DiMarzio, cukup-cukup muat dan ketat tanpa sebarang modifikasi.
Lubang cover selari seperti ini dipilih berbanding lubang individu kerana tak perlu risau dengan jarak antara kekutub pikap saiz normal humbucker (~50 mm) pada PAF Pro dan saiz F-spaced (~52 mm) pada Super 3.
Bahagian belakang tak perlu "dikunci" dengan pateri, kerana manalah tahu akan datang aku gatal tangan bertukar pikap lagi atau bosan dengan cover ini.
Kerja-kerja memateri pun tidaklah mengambil masa yang lama, sekitar 15-20 minit sahaja kerana hanya dua terminal per pikap sahaja yang perlu dipateri, bahagian lain tak perlu diganggu. Selebihnya banyak masa dibuang untuk mengemaskan wayar-wayar yang ada, meneruskan legasi YusTech.
Dengan cover begini, penampilannya sedikit sebanyak seakan-akan pikap jenis filtertron. Tapi sekali lagi OCD melanda, mula mempertikaikan warna emas baharu pada cover berbanding warna emas yang lusuh pada bridge dan tailpiece (model 2008), aiseh...
Gambar lama. |
Abang long Goldie pula kembali dipasang dengan set Epiphone Alnico Classic. Selepas 10 tahun, ia kini dirancang untuk direhatkan daripada tugas-tugas jamming atau gig, tugas yang diserahkan kepada Tigera tadi sekiranya memerlukan khidmat sebuah Les Paul.
_____
AADI: *Ia juga sejenis terapi.
0 comments
Post a Comment