Dengan situasi semasa aku dan kekangan dana, mendapatkan sebuah headphone gred studio yang tegap, berkualiti, murah dan selesa dipakai dalam jangka masa yang lama lebih relevan berbanding sepasang speaker gred studio monitor untuk kegunaan multi-fx, modeler dan/atau plugins.
Dengan klausa perenggan di atas tadi, Behringer BH 770 ini dipilih, katanya klon Beyerdynamic DT 770 walaupun banyak review mengatakan ia hanya klon luaran dan bukan klon bunyi. Tapi dengan harga 1/6 daripada DT 770 apa nak dikomplen kan? Diperolehi daripada Swee Lee kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding pengedar Behringer lain.
*Sudahpun memiliki Superlux HD-330 yang masih bertahan sejak 2015 (antara item terawal aku beli melalui Lazada) yang fizikalnya juga lebih kurang DT 770. HD-330 merupakan headphone aku paling ampuh setakat ini dan selesa dipakai berjam-jam untuk gaming PS4 ketika musim pandemik lepas. Cuma kelemahannya wayar bergulung (coiled) yang agak pendek (~1.0-1.5 meter) dan ia jenis semi-open.
Kualiti bunyi BH 770 juga agak subjektif, tapi pada pendapat aku bunyi-bunyian setakat ini (belum habis burn-in) memang jelas, treble tidak terlalu tajam, bass pula yang sedikit rendah berbanding HD-330, tapi lebih daripada memadai untuk kegunaan harian bersama-sama multi-fx/modeler. Kabel yang panjang (~3 meter) merupakan bonus untuk BH 770, tidak perlu lagi kabel sokongan Hosa HPE-310.
Set tali gitar Rotosound Roto Orange RH9 (9-46) pula sebagai pembelian sampingan. Swee Lee kini menjadi pengedar rasmi jenama Rotosound dan seperti biasa lebih murah berbanding pengedar/peruncit lain.
_____
AADI: *Mungkin boleh buat entri berasingan pasal headphone.
0 comments
Post a Comment