Perolehan daripada Radin Music Centre melalui platform Shopee mereka. Album studio kelapan Trivium The Sin And The Sentence rilisan 2017. Seperti sudah menjadi kebiasaan aku akan ketinggalan memiliki album studio mereka.
Ketika ini mereka sudahpun merilis dua album studio ketika pandemik What The Dead Men Say (2020) dan In The Court Of The Dragon (2021), barulah tertarik picu untuk memiliki album ini.
Album pertama yang mengetengahkan drummer Alex Bent. Ketika pertama kali menonton video lagu The Sin And The Silence di YouTube, aku terfikir jika mereka bertukar drummer lagi selepas ini, drummer seterusnya pasti akan f*cked-up gabra untuk mereplikasi gaya pukulan Alex.
Selepas album Vengeance Falls aku mula tertarik dengan hala tuju muzik terkini Trivium yang lebih "matang", walaupun agak berat dengan pembabitan gitar bertali tujuh tapi masih melodik dan komersil. Bab melodik, Trivium seolah-olah sudah memiliki bunyi trademark mereka ketika ini.
Vokal terais-terais (growl) Matt Heafy juga kembali dalam album ini setelah "hilang" sejak album VF. Aku sebenarnya tak suka gaya vokal begini, tapi dalam album ini ia digunakan secara moderasi. Juga bijak untuk mereka mengetengahkan gaya gang vocal seperti Children Of Bodom sebagai pencukup rasa.
Aku rasa, jika aku layan album ini secara berterusan mungkin ia boleh melekat dan jiwa seperti Silence In The Snow. Lagu kegemaran setakat ini ialah The Heart From Your Hate, Betrayer dan Endless Night. Juga pendorong untuk aku kembali mengeluarkan gitar bertali tujuh aku Sven (LTD EC-257) yang telah lama terperap dalam simpanan.
_____
AADI: MKH, antara yang mempengaruhi aku untuk menggunakan Les Paul.
1 comment
aku tak follow...tapi ada terbaca yang dorang baru keluar album baru
Post a Comment