Tertarik untuk mencuba pikap buatan tempatan selepas diiklankan di Jamtank. Dihasilkan oleh lagenda blues Malaysia tak lain tak bukan Julian Mokhtar (Blues Gang, The Mojo Hand). Selain pemain gitar dan penyanyi, beliau juga seorang guitar tech (Guitar Fixer Julian Mokhtar) yang terkenal terutama dalam kalangan warga Jamtank Facebook. Kini beliau juga mula menceburi bidang pembuatan pikap gitar - singlecoil, humbucker, P90.
Aku memesan sebuah humbucker dengan spesifikasi seperti Gibson 498T - alnico 5 magnet, high output, F-spaced, wax potted, chrome cover. Harga pun berpatutan untuk sebuah pikap "custom" buatan tempatan dan mengambil masa sekitar dua minggu untuk disiapkan.
Autograf, tarikh dan kod warna wayar di belakang pikap, mengekalkan kod warna Gibson. Cuma wayar sahaja agak pendek sekitar 20 cm sahaja, nasib baiklah ini pikap bridge. Dengan DCR sekitar 15.9 kΩ series dan 8.6 kΩ split, ia beroutput tinggi seakan-akan JB kontot aku. Untuk sementara waktu sehingga ada nama model yang rasmi, pikap ini aku gelar Julianbucker.
Beliau juga selalu update dengan mengirimkan gambar-gambar proses pembikinan pikap dari bobbin sehinggalah pemasangan chrome cover, termasuklah apa-apa kesilapan dan bloopers. Walaupun tidak segah pikap-pikap komersil, tapi ia permulaan yang baik.
Kenapa spesifikasi 498T? Kerana ia bakal dipadankan dengan Gibson 490R (neck) yang ada dalam stok peribadi dan dicadang untuk dipasang pada abang long Goldie. Prestasinya akan diketahui selepas proses pemasangan dan pandu-uji kelak.
_____
AADI: Apo nak dikato?
0 comments
Post a Comment