Sabtu lepas (23/9/2023) memilih tayangan paling awal 10.00 pagi di TGV Bintulu untuk menonton filem ini. Selain klausa tiket murah early bird, juga mencuri masa sementara menunggu Lil'Ijau habis aktiviti sekolah hari Sabtu.
Hampir 10 tahun team Expendables tidak beraksi, untuk filem keempat ini hanya tinggal Barney Ross, Lee Christmas, Toll Road dan Gunner Jensen sahaja ahli asal sejak filem pertama.
Selebihnya ahli-ahli baharu yang aku rasa tidak memberikan impak pada jalan cerita, terutama watak Gina (Megan Fox) yang aku rasa kalau tak ada pun tak apa. Muka sentiasa nampak bersih mulus sepanjang operasi tatkala muka ahli lain comot dan berdarah.
Sayangnya tiada penampilan istimewa pelakon aksi 80/90an melakonkan parodi watak ikonik mereka seperti filem-filem sebelumnya (Bruce Willis - John McClane, Chuck Norris - Cordell Walker, Wesley Snipes - Blade, Antonio Banderas - El Mariachi, Harrison Ford - Han Solo, Mel Gibson - Martin Riggs, dll.). Penampilan beginilah yang membuatkan franchise Expendables itu "Expendables".
Pendapat peribadi, filem kali ini seperti cukup syarat, ala kadar dan plot-twist yang sudah boleh diagak dari awal. Dan sayang sekali lagi, bakat Iko Uwais (Suarto Rahmat) dan Tony Jaa (Decha) tidak dieksploitasi sepenuhnya dalam filem ini. Selebihnya tak perlulah aku cerita demi menjaga spoilers.
_____
AADI: Rindu watak komedik Hale Caesar.
1 comment
Dah no 4 eh?... aku ketinggalan bas...
Post a Comment