10/01/2024 - Genap setahun aku menyertai PS Boxing Club, tak sangka aku boleh bertahan walaupun aku biasanya hanya menyertai dua daripada tiga sessi (malam Selasa, Rabu, Sabtu) seminggu. Selalu "ponteng" malam Sabtu.
Dalam setahun apa yang aku perhatikan, latihan tinju amat berbeza berbanding seni beladiri yang pernah aku sertai. Selain latihan menumbuk (padding, heavy bag), kita dilatih supaya lebih pantas, kuat, berstamina dan tahan pukul melalui sessi conditioning. Juga didedahkan kepada situasi full-contact combat sebenar semasa sessi sparring.
Tapi aku tidaklah selincah dan sepantas budak-budak fighter umur belasan dan 20an di atas ini yang bakal menyertai SUKSAR minggu depan. Cukup-cukuplah untuk tahap umur 40an, kondisi lutut dan fizikal aku yang (sudah kurang) obes. Tiada apa yang ingin dikejar dan dibuktikan, hanya untuk menjaga kesihatan.
Balik rumah dengan badan lenguh-lenguh, pasti akan dapat tidur berkualiti kemudiannya. Dan kalau sessi sparring (malam Rabu) ada lebam-lebam tu biasalah. Lenguh, sakit dan lebam itulah antara "nikmat" bersukan tinju ini. Yang penting seronok, bila seronok istilah "berputus asa" itu amat jauh...
_____
AADI: Lutut oh lutut.
0 comments
Post a Comment