Menontonnya bersama anak dara aku si Lil'Ijau Sabtu lepas menggantikan Mechamato yang tak sempat ditonton di pawagam atas pelbagai faktor (kesihatan, masa). TGV Bintulu dipilih kerana masih lagi menayangkan filem ini berbanding pawagam lain. Inipun aku rasa minggu terakhir ia ditayangkan.
Aku memang mengikuti franchise Shrek dan spin-off Puss In Boots sejak dahulu, tapi ini kali pertama aku layan franchise ini di pawagam, selebihnya layan DVD sahaja.
Entri sedekad lepas, masih slim. |
Berterima kasih kepada DreamWorks dan Universal kerana filem ini masih lagi memiliki plot dan mesej klasik seperti kekeluargaan, kesetiaan, camaraderie dan poetic justice. Tidak seperti filem-filem Disney atau Hollywood secara amnya mutakhir ini yang penuh dengan mesej wokeness dan agenda LGBTQ+ yang toksik. Antagonisnya pun bukan calang-calang, memang betul-betul antagonistik dari mula sampai penghujung.
Bagi aku, watak Perro dan interaksi antara Goldilocks dan keluarga beruang merupakan momen paling menang dalam filem ini. Cuma yang menjengkelkan ialah setiap kali ada babak aksi, visual dan framerate seperti sengaja direndahkan.
_____
AADI: Adakah Shrek akan kembali?
0 comments
Post a Comment