Khamis (31/08/2023) - Mengambil peluang cuti umum untuk menonton filem The Equalizer 3 tayangan paling awal iaitu 10.40 pagi. GSC Bintulu menjadi pilihan kerana TGV Bintulu sudah tiada tiket early bird, juga atas faktor lebih dekat dengan kediaman terkini. Sayangnya tiada tayangan di dewan besar BIG Dolby Atmos untuk filem ini.
Aku masuk dewan agak lewat beberapa minit (6 minit secara tepatnya, 10.46) tapi aku terkejut dan hampa kerana tayangan sudah pun bermula. Selalunya bila masuk awal atau on-time pula, dia pulun iklan sampai 15 minit...
Filem ketiga ini bagi aku agak kurang aksi per durasi filem berbanding dua filem terdahulu. Lebih banyak momen tranquil dan berborak sakan. Tapi Robert "Roberto" McCall tetap ganas dan brutal. Juga filem ini dikategorikan sebagai 16 dan bukan 18, jadi beberapa babak dan aksi brutal agak cair, dan ada yang "terpaksa" ditapis sedikit.
Kalau si autis ajak tengok... |
Aku perasan muka Ejen Collins nampak familiar, bila dah habis filem baru tahu ia lakonan Dakota Fanning. Fuh dah besar dah budak ni... Fanning ketika kecik ada sejarah berlakon bersama Washington. Selebihnya tak perlulah diulas, nanti pecah spoiler...
_____
AADI: Tunggu filem Expendables 4 pula.
0 comments
Post a Comment