CD audio kedua untuk tahun ini, album studio kelapan Mastodon iaitu Hushed And Grim rilisan Oktober 2021, dah dua tahun baru tergerak hati untuk memilikinya. Album yang memiliki 15 lagu yang dimuatkan dalam dua CD. Adakah Mastodon juga mengikut trend rilisan album dalam dua CD?
Diperolehi daripada Inverno Music Station Melaka melalui platform Shopee. Aku paling tak suka rilisan dalam format slipgate begini. Selain nampak murahan, ia juga senang rosak baik kulit mahupun CD yang keluar masuk.
Sudah agak lama tidak mengikuti perkembangan Mastodon selepas Emperor Of Sand. Selepas itu mereka tiada rilisan album penuh yang ada hanyalah singles/EP Cold Dark Place (2017) dan kompilasi Medium Rarities (2020).
Seperti biasa, artwork muka hadapan album-album Mastodon selalunya ohsem, ia biasanya antara tarikan pertama untuk mendapatkan sesuatu album.
Cuma agak sukar untuk aku menghadam lagu-lagu dalam CD pertama. Solo-solo Brent Hinds pun seakan-akan sama polanya untuk semua lagu. Untuk CD kedua terasa lebih enjoy sedikit kerana seperti ada elemen psychedelic dalam lagu-lagunya. Selebihnya, entah... Tak tahu aku macam mana nak ulas album ni, mungkin kena dengar berkali-kali, dan lagi dan lagi...
_____
AADI: Masih teringat lagu The Motherload dalam album OMRTS.
1 comment
aku tak follow Mastodon... so aku memang tak tau walau satu lagu
Post a Comment