Terasa ingin untuk menonton filem ini atas sebab genre sci-fi angkasa lepas, dinosaur dan ada nama Sam Raimi. Menontonnya tayangan 10.15 pagi Sabtu lepas (11/03/2023) di TGV Bintulu untuk mengambil peluang tiket murah sebelah pagi.
Daripada trailer, aku menjangkakan ia sebuah filem bergenre time travelling, tapi amat jauh meleset bila diperkenalkan dengan planet Somaris yang dihuni oleh makhluk seperti manusia. Agak hairan juga kenapa watak Mills (Adam Driver) masih menggayakan fesyen rambut Kylo Ren untuk filem ini.
Tamadun Somaris yang dikira amat canggih kerana mampu melancarkan perjalanan angkasa lepas ulang-alik, tapi dalam filem ini kapal angkasa mereka terlalu rapuh dan peralatan yang digunakan masih seperti teknologi bumi abad ke-21. Sepatutnya teknologi mereka setaraf atau lebih canggih daripada alien dalam filem Battleship.
Juga terpalit dengan cliché franchise Jurassic Park/World yang mana dinosaur sentiasa dalam keadaan lapar walau dalam apapun jua keadaan.
_____
AADI: Mengingatkan aku kepada filem After Earth.
2 komen:
lama dah ketinggalan keretapi kalau bercerita tentang filem2 yang main kat panggung sejak asyik berNetfix ...
filem kedua selepas The Mummy (Tom Cruise) yang membuat aku hampir tertidur dalam pawagam... kalau faham maksudnya :)
Post a Comment