Menonton filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3 semasa tayangan awal Rabu lepas di TGV Bintulu, mengambil peluang tiket murah klausa MVC movie night (untuk hall Deluxe sahaja) sambil memakai t-shirt Awesome Mix Volume 2.
Untuk mengelak spoiler, aku hanya boleh cerita filem ketiga ini merupakan origin untuk Rocket Raccoon. Drax The Destroyer pula memakai baju sepanjang filem, tapi nampak sangat Dave Bautista agak tembam dalam filem ini. Nebula dan Mantis lebih menonjol berbanding Gamora. Dan akhir sekali Groot ada mengungkapkan frasa baharu selain "I am Groot".
Tatkala filem-filem fasa keempat dan kelima MCU sungguh mengecewakan dan banyak elemen wokeness (kecuali Spider-Man: No Way Home), membuatkan aku agak tawar hati dengan MCU. Selepas Avengers: Endgame, hanya filem SMNWH dan Doctor Strange In The Multiverse Of Madness sahaja yang ditonton di pawagam.
Tapi siri GOTG setakat ini belum lagi mengecewakan sama ada dalam filem sendiri mahupun dalam Avengers. Lawak tahap galaksi hanya serasi dengan watak-watak GOTG berbanding watak MCU lain.
Maka lengkaplah ketiga-tiga filem GOTG dilayan di pawagam, filem pertama ditonton di Star Cineplex manakala filem kedua di TGV Permaisuri Mall Miri. Hanya GOTG Holiday Special sahaja yang tidak terlayan kerana ia rilisan untuk Disney+.
_____
AADI: Hat-trick entri filem minggu ini.
0 comments
Post a Comment