Mengucapkan selemat tinggal kepada satu-satunya gitar bertali tujuh dalam axology aku LTD EC-257 (Darth Sven). Tak lari ke mana juga, ia kini dimiliki oleh seorang rakan sepergitaran veteran Bintulu yang telah mengintainya sejak tahun lepas. Katanya untuk kegunaan studio rakamannya selain koleksi peribadi.
Dengan genre muzik yang aku mainkan sekarang, seperti tiada keperluan untuk gitar bertali tujuh. Jika memerlukan talaan rendah juga, satu gitar aku akan dikhaskan untuk talaan rendah B-standard atau drop-A.
Gitar kedua dilepaskan tahun ini selepas JS32 King V (ex-Praetor), axology aku turun menjadi sembilan. Masih jauh daripada sasaran diturunkan sehingga 6-7 unit sahaja. Dengan harapan dana yang diperolehi tidak dilaburkan semula untuk gitar lain. Kalau equipment, gajet atau perhobian lain tak apa, hehehe...
_____
AADI: 2023 purging #4.
0 comments
Post a Comment