Meneruskan urusniaga jualan semula komik manhua dengan pembeli yang sama selepas dua tahun "terputus hubungan" dek PKPx. Inipun lebihan yang dibawa ke Bintulu selepas balik raya tahun 2019.
Batch kali ini ialah koleksi Dewata Raya musim kedua #101-151 yang hanya terlepas dua isu iaitu #115 dan #129 sahaja. Dan tambahan dua isu musim ketiga yang aku cuma ada #152 dan #153 sahaja, selepas itu berhenti mengumpul sebab ceritanya semakin mengarut.
Isu #151 merupakan penutup musim kedua yang anti-klimaks, masuk isu #152 ceritanya mula memasuki musim ketiga yang seperti aku katakan tadi semakin mengarut.
Anti-klimaks musim kedua, big bad Raja Angkasa yang over-powered tapi akhirnya dikalahkan oleh Penakluk Viktor dengan kuasa "cinta dan sayang". Seolah-olah Thanos dikalahkan oleh Captain America dalam filem Avengers: Endgame dengan hanya penumbuk "I can do this all day".
Who's CPFoo? 🤔 |
Sempat membelek beberapa isu, pertama kali yang aku akan tengok ialah tarikh dan masa ia dibeli. Paling banyak dibeli di kafe Desasiswa Bakti, Kompleks Bukit Jambul dan Smiling Store (sekarang dah jadi Lucky Star?) Jalan Helang, Sungai Dua. Otomatik terpicu memori ketika zaman siswa USM penghujung 90an.
Juga turut dilepaskan ialah sembilan isu Jejak Wira Versi Baru (reboot) #1-2, #8-14 yang ketika itu (2002) aku sudahpun hilang mood untuk mengumpul komik-komik manhua. Yang berjaya bertahan lama hanyalah tajuk Raja Rimba sehingga penghujung 2005.
Kesemuanya berjaya dilepaskan dengan harga 82-85% daripada harga asal, not bad. Sekali lagi, hobi lama menjana dan mendanakan hobi baru. Dengan dana-dana yang diperolehi, mungkin akan dilaburkan untuk beberapa produk Behringer.
_____
AADI: 18 tendangan penunduk naga.
2 komen:
ni semua sejarah tau.
Pass kat pengumpul dan pembaca yang akan jaga dan simpan.
serius deaf, hampir 70% koleksi komik aku sudah dibeli oleh buyer yang sama... tunggu aku dapat balik kampung je lagi untuk transaksi seterusnya
Post a Comment