Berbekalkan klausa "tiket percuma" menggunakan movie credits TGV Movie Club, aku menebusnya untuk filem Bullet Train tayangan Jumaat malam minggu lepas, sehari panas selepas tarikh rilisan.
Infinity, F7 - favourite seat. |
Tidak menaruh harapan yang tinggi untuk filem ini, tiada trailer ditonton, tiada sinopsis dibaca, hanya berbekalkan snippet yang keluar semasa membuka app TGV dan nama Brad Pitt itu sendiri.
Tapi yang pasti aku tak menyesal, memang terhibur dengan aksi, dialog dan lebih-lebih lagi lawak dalam filem ini. Seperti menonton gabungan filem Ocean's Eleven/Twelve/Thirteen dan Deadpool.
Seperti biasa, tiada spoiler dalam entri ini sebab filem masih panas, kecuali tiga perkara yang aku highlight - Pertama, setiap kali ada rujukan pada siri Thomas And Friends memang aku sedikit tersentuh emosi, kerana 6-7 tahun ini anak autistik aku si Ijau Jr. membesar dengan siri tersebut.
Kedua, tak kisah apapun filemnya, bila Hiroyuki Sanada pegang pisau atau pedang, pasti akan ada babak cool dan badass. Dan ketiga, penampilan cameo beberapa pelakon yang sudah lama aku tak nampak.
_____
AADI: Keempat, watak Prince memang bae, hehehe...
1 comment
Tengok trailer dah boleh agak cerita lawak.
Boleh la masuk list untuk ditonton...
Post a Comment