Rentetan daripada entri rindu berkonsol minggu lepas, aku mula mencari game yang santai sebagai alternatif untuk dimainkan pada rig Core i3 aku yang tak seberapa. Maka game bergenre RPG dimainkan dan tajuk Planescape: Torment menjadi pilihan untuk mengembalikan nostalgia.
Ini merupakan game rilisan *1999 oleh Black Isle Studio (pernah dibuatkan entri ringkas tahun 2010). Tapi versi yang dimainkan ini merupakan versi Enhanced Edition, versi yang diolah semula oleh Beamdog pada tahun 2017 supaya lebih serasi dimainkan pada PC moden. Dimuat turun melalui Steam ketika promosi RM7.00+ minggu lepas (harga asal RM30+).
Kekuatan game ini bukanlah pada grafik atau aksinya, tapi kerana jalan cerita dan keterboleh-main-semulanya (re-playability?) yang malar segar dan masih relevan dimainkan 20 tahun kemudian.
Game ini lebih unik dan mencabar berbanding RPG AD&D lain seperti Baldur's Gate dan Icewind Dale, perlu berfikir di luar kotak untuk menyelesaikan puzzle/maze dan banyak membaca opsyen dialog seperti game Fallout klasik.
*Kali pertama memainkan game ini sekitar awal tahun 2000, tahun-tahun terakhir bergelar penuntut di USM, ketika itu juga musim album Metallica S&M baru rilis. Juga akan mengingatkan aku ketika memainkannya semula pertengahan 2002, zaman aku menganggur di Penang.
_____
AADI: Tunggu giliran promosi Icewind Dale pula.
0 comments
Post a Comment