Baru berkesempatan menontonnya pagi Ahad lepas, seperti biasa di TGV Bintulu Boulevard. Ingin menontonnya untuk tayangan malam minggu, tapi kesemua dewan hampir penuh ketika itu dan hanya ada kekosongan pada kerusi yang kurang selesa (barisan hadapan).
Selain filem Spider-Men, No Way Man! Disember lepas, hanya filem ini sahaja dalam senarai filem-filem MCU fasa ke-4 yang teringin aku nak layan, itupun atas sebab-sebab cameo tertentu. Selebihnya meh~ termasuklah Eternals, Shang-Chi dan Black Widow sebelum ini langsung aku tak terliur.
Pendapat aku, filem ini lebih berpaksikan America Chavez dan Wanda/Scarlet Witch berbanding Doctor Strange.
_____
AADI: Baik layan Sonic The Hedgehog 2 dengan anak-anak.
2 komen:
Mungkin cerita2 macam ni dah tak berapa sesuai untuk orang2 tua macam aku...haha...tapi...for the past few years... memang dah lost interest dgn cerita2 macam ni... tu hari tengok Spiderman pun tak berdaya nak abis...hmmm...i'm getting soft la...atau mungkin banyak sangat tengok drama Korea 🙊😅
bukan getting soft atau faktor usia, trend filem-filem Hollywood sekarang (terutama Disney) memang banyak elemen dan mesej wokeness membuatkan filem-filem aksi sudah tidak segah era 80/90/2000an
Post a Comment