Aku kalau filem-filem adiwira DC/DCEU agak kurang layan di pawagam, kecuali filem-filem Batman atau yang ada watak Batman di dalamnya seperti Batman V Superman: Dawn Of Justice dan Justice League. Selain itu aku tak banyak tahu alter-ego, kuasa, nama asal, latar belakang (origin) dan ranking watak-watak DC berbanding Marvel.
Jumaat lepas sempat layan filem Black Adam tayangan 9.15 malam seperti biasa di TGV Bintulu Boulevard. Dwayne "The Rock" Johnson (bukan Johanson) itu sendiri merupakan tarikan utama untuk aku menonton filem ini. Juga mengambil peluang menggunakan promosi DiGi untuk tiket TGV Cinemas berharga RM8.10 bersempena Deepavali 2022.
Seperti biasa, tiada ulasan dan spoiler dalam entri ini kerana filem ini masih panas. Akupun menontonnya tanpa sebarang pengetahuan mengenai watak Black Adam itu sendiri (rujuk perenggan pertama). Yang pasti, The Rock tak perlukan "muscle suit" untuk filem ini kerana dia itu "a walking muscle". Manakala tahap lakonan Pierce Brosnan memang ada kelasnya tersendiri dan MVP dalam filem ini.
_____
AADI: Elemen wokeness masih ada, tapi boleh ditoleransi.
2 komen:
Samalah kita - hanya minat Batman. Watak-watak lain - lemau.
dengar khabar, Ben Affleck pun naik join balik DCEU
Post a Comment