Mengambil peluang klausa "tiket percuma" promosi VVVIP TGV minggu lepas, aku menebusnya untuk filem The Contractor.
30 minit pertama filem ini mungkin membosankan bagi sesetengah orang. Aku perasan 1-2 dengkuran dari belakang dan sebelah kanan aku semakin kuat. Tidak disangka ketika babak Berlin, cerita dan aksinya semakin menarik dan mendebarkan, ada bau-bau Bourne Identity.
Gambar cilok (sumber). |
Tujuan sekunder pula semata-mata ingin menikmati *Royale Popcorn TGV yang pada pendapat aku popcorn yang paling sedap setakat ini. Selain 10% diskaun untuk ahli TGV Movie Club.
_____
AADI: *TGV Bintulu Boulevard cuma ada perisa double caramel sahaja.
0 comments
Post a Comment