Cort G200DX (Woody) ini dilepaskan atas alasan jarang diguna kerana kekangan bridge yang tidak serasi dengan gaya permainanku (especially palm-mute) dan seperti biasa "alasan" untuk mengurangkan *axology.
Sebenarnya bukan dijual tetapi "dihadiahkan" kepada anak buahku si Aizuddin Madani bersempena majlis perkahwinannya minggu lepas. Dilepaskan sekali bersama-sama set pikap Lace Alumitone HSS yang ada di dalamnya sebagai bonus. Selain malas menukar kembali pikap asal, karekter set ini lebih sesuai dengan muzik yang dimainkan oleh AM, gitar pun nampak baru masih bau kedai (keluaran 2021).
Walaupun AM memainkan gitar secara kidal, tapi dia bermain dengan setup gitar kanan (macam Man Kidal dan Jo Branko) jadi tidak perlu untuk aku mengubah apa-apa setup pada gitar ini. Harapanku semoga muzik AM dapat melangkah lebih jauh selepas bergelar suami, memandangkan isterinya juga seorang ahli muzik dan artis tempatan Sabah.
_____
AADI: *Ok, tinggal 11.
1 comment
Selamat pengantin baru buat anak buahnya
Post a Comment