Baru habis satu pusingan Planscape: Torment (lawful ending) beberapa hari lepas, sekarang dalam kehangatan pusingan kedua dengan pendekatan yang berbeza (chaotic). Bercadang untuk memuat turun Icewind Dale selepas ini. Tapi menerima emel daripada Steam yang Baldur's Gate II pula ada promosi RM7.00+ sepanjang minggu ini (harga asal RM30+), dengan pantas terus diklik!
Juga versi Enhanced Edition rilisan yang diolah semula oleh Beamdog sekitar 2013 untuk PC moden. Memiliki tiga siri di dalamnya Shadows Of Amn, Throne Of Bhaal dan *The Black Pits II: Gladiators Of Thay. Berbaloilah RM7.00+ kurang-kurang tiga minggu baru habis main semua ni.
Game asal rilisan tahun 2000 (SOA) dan 2001 (TOB) juga keluaran Black Isle Studios ketika itu. Aku memainkannya sekitar 2002-2003, akan mengingatkan aku pada era aku bangkit berdikari semula selepas tersungkur, menganggur, papa kedana beberapa bulan di Penang. Ketika ini aku dapat bezakan antara kawan ketawa dengan kawan menangis.
CD game asal (JS-version) masih ada tapi disebabkan versi Steam ini Enhanced Edition pasti lebih hebat, tak apa download dulu, main kemudian, RM7.00+ saja beb. Menunggu promosi Steam RM7.00+ untuk versi Enhanced Edition tajuk-tajuk RPG nostalgia ini lagi - Baldur's Gate, Icewind Dale dan Neverwinter Nights.
_____
AADI: *The Gladiators Of Thay aku langsung tak tahu.
0 comments
Post a Comment