Diperolehi daripada Drop Dead Distro ketika gig MUWW 2022 beberapa minggu lepas, ketika itu kesemua CD import dijual pada harga RM50. Sayangnya dalam katalog hanya CD ini yang menarik perhatianku, selebihnya tidak menarik atau aku sudah ada. Kalau tak memang aku teringin menapau 2-3 keping CD.
Aku tak berapa follow In Flames, setakat ini aku cuma ada dua CD album mereka Colony (my fav In Flames album) dan A Sense Of Purpose. Kalau mp3 lain ceritalah... Terkejut juga bila dapat tahu Chris Broderick kini menjadi gitaris live/tour mereka, dah jadi ahli rasmi ke?
Ini merupakan digipak edisi terhad dengan dua lagu bonus Greatest Greed dan Us Against The World. Langsung tiada gambar ahli kumpulan dalam inlay. Dan katanya ini merupakan album terakhir bersama bassist Peter Iwers, yang dulu selalu menghiasi katalog tahunan Ibanez dengan ada signature bass PIB.
Tapi dalam album ini muzik melodiknya semakin senang dihadam, agak pop-komersil (siap ada koir tau) dan terasa seperti nu-metal, jauh berbeza dengan muzik mereka era Colony. Tak hairanlah kenapa ramai peminat lama yang mempertikaikan mereka. Tapi pendapat aku, selagi ia seronok didengar malah menghilangkan stress, kenapa tidak?
Menjadikannya CD kedua yang dibeli tahun ini, kah kah kah...
_____
AADI: Ramai yang lari ke The Halo Effect.
0 comments
Post a Comment