Terpanggil sedikit untuk merapu isu semasa, dunia kegitaran kehilangan seorang lagi hero - Jeff Beck.
Sumber. |
Aku tak kenal Jeff Beck sebagai artis, tapi aku kenal Jeff Beck melalui pikap Seymour Duncan signature beliau iaitu JB Model, itupun aku dapat info daripada blog The Guitar Addict belasan tahun lepas.
JB Model tak kisah versi humbucker (SH-4) atau trembucker (TB-4) menjadi pikap idaman untuk dipasang pada gitar peribadi selain Screamin' Demon dan 59/Custom (ketika itu). Faktor utama ialah pengaruh hero-hero aku yang menggunakannya.
Beberapa kali memperolehi pikap JB ini dan ingin dipasang pada gitar yang dimiliki tetapi tidak kesampaian (ketika itu), contohnya ini, ini dan ini. Tak lupa juga yang pernah dipasang pada ex-Mr. Smith yang hanya bertahan beberapa bulan sebelum dilepaskan bersama gitarnya. Tetapi kembali semula dalam bentuk JB kontot.
Kini aku memiliki dua gitar yang memang didatangkan dengan pikap JB, pertama versi SH-4 pada Prestige Heritage Custom Deluxe MC (Chucky). Kedua versi TB-4 pada Jackson DK2 Dinky (Dinky).
Pendapat aku JB Model ini pikap jenis serba boleh untuk pelbagai genre muzik dan ampuh dipasang pada apa jua jenis gitar sama ada Strat atau Les Paul (hollow/semi tak pasti). Kalau kem DiMarzio mungkin saingan terdekatnya ialah model Super Distortion atau Tone Zone.
Terima kasih Jeff Beck, walaupun entri aku ini agak lari dari konteks.
_____
AADI: TerGAS pula dengan Custom 5.
0 comments
Post a Comment