Sambungan bahagian pertama...
Hari keempat, Selasa 22/02/2022 - sudah tidak lagi memerlukan dos paracetamol, tiada lagi demam-demam, sakit sendi dan kepala. Hanya deria rasa dan bau masih celaru, tapi tak mengapa yang penting selera makan tidak terganggu seperti 2-3 hari pertama. Hari-hari kuarantin lebih banyak masa bermain StarCraft II berbanding gitar, kah kah kah...
Hari ketujuh, Jumaat 25/02/2022 - hari terakhir aku dikuarantin, tapi malam sebelumnya Mrs. Ijau memaklumkan anak-anak (bilik sebelah) pula mula panas badan.
Seawal 4.00 pagi Lil'Ijau (9 tahun), Ijau Jr. (6 tahun, autistik) dan Arlo (3 tahun) menjalani ujian kendiri dan perkara yang aku geruni akhirnya berlaku, ketiga-tiga mereka positif, Allahuakbar... Setakat ini, hanya si kakak Lil'Ijau sahaja yang sudah divaksin, itupun baru satu dos.
Hari kelapan, Sabtu 26/02/2022 - gelang tangan aku sudah dipotong, tapi kesian anak-anak pula demam. Si kecik Arlo terpaksa dibawa ke unit kecemasan tengah-tengah malam kerana muntah-muntah dan SpO2 bawah 95%. Mujurlah tidak berlarutan, stabil dan dilepaskan setengah jam kemudian.
Hari ke-10, Isnin 28/02/2022 - alhamdulillah keputusan ujian kendiri aku pagi ini sudah tidak garis berkembar, dua hari lepas masih garis berkembar. *Maknanya tiada lagi C19 dalam sistem badan aku.
Walau bagaimanapun, pasca C19 memang terasa badan cepat penat walaupun hanya melakukan kerja-kerja rumah ringan mahupun turun naik tangga.
Anak-anak pula tidak lagi demam sejak semalam, tidak ada menunjukkan apa-apa simptom lain dan hari ini sudah ceria dan aktif. Harapnya mereka hanya mendapat versi yang sudah ditapis oleh badan aku (kena hari keenam aku dikuarantin) dan bukannya versi prima. Kini menunggu masa ujian kendiri hari kelima mereka esok...
Selamat tinggal Februari yang mencabar.
_____
AADI: *Achievement unlocked - C19 fighter/survivor.
0 comments
Post a Comment