Ketika ini aku masih lagi memainkan Baldur's Gate II sekitar 40-50% progresnya, menerima pula emel daripada Steam mengatakan satu lagi game RPG klasik dalam wishlist aku iaitu Icewind Dale ada promosi RM9.00+ sepanjang minggu ini (harga asal RM30+), dengan pantas terus diklik!
Juga versi Enhanced Edition rilisan yang diolah semula oleh Beamdog sekitar 2014 untuk PC moden. Agak mahal sedikit berbanding harga promosi Baldur's Gate II dan Planescape: Torment sebelum ini yang hanya RM7.00+. Tak apa, download dulu, main kemudian.
Game asal rilisan tahun 2000 keluaran Black Isle Studios ketika itu. Aku memainkannya sekitar 2000-2001. Tapi berbanding Baldur's Gate II dan Planescape: Torment, aku tak pernah sempat menghabiskan game ini.
Game ini mengingatkan aku pada era aku terpaksa menambah satu semester lagi di USM semata-mata untuk mencukupkan mata elektif untuk berkonvokasi. Juga era kaki Napster dan mula mengenali nama-nama seperti King Diamond, HammerFall, Kamelot, After Forever, dll.
_____
AADI: Menunggu giliran Neverwinter Nights pula lepas ini.
0 comments
Post a Comment